Alor Setar : Sejarah, Grafik & Politik Bandaraya Alor Setar

Bendera MalaysiaBendera Kedah

Sejarah Asal Usul

Alor Setar ialah cantuman daripada kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar ialah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’. Alor Setar ditubuhkan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah dan merupakan pusat pentadbiran kelapan negeri sejak Kesultanan Kedah pada 1136. Pusat-pusat pentadbiran sebelum ini bertempat di Kota Bukit Meriam, Kota Siputeh, Kota Sungai Emas, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan Kota Bukit Pinang. Bandar ini telah diruntuh dua kali ketika Kedah diserang oleh Bugis pada tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821.

Alor Setar telah rasmi diberikan status sebagai Bandar Raya yang ke-9 di Malaysia, pada 21 Disember 2003[4] di mana ejaan nama Alor Setar telah berubah secara rasminya kepada Alor Star. Upacara pengisytiharan untuk Ibu Negeri Kedah diadakan di Dataran Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Antara mereka yang hadir pada upacara bersejarah ialah Tuanku Sultan Kedah Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun. Upacara juga disaksikan oleh orang awam dan pelancong. Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.[5]

Sejarah Awal Pembukaan

Alor Setar mula-mula dijumpai dan diasaskan oleh salah seorang Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II dalam tahun (1710-1778).[6] Baginda merupakan Raja Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 – 1174. Pada awalnya, Alor Setar cuma sebuah kampung dengan beberapa buah rumah yang terletak di muara dua batang sungai.

Apabila Sultan Mohamad Jiwa menjumpai kampung itu, baginda begitu tertarik dengannya – kerana tempat itu dikelilingi oleh pohon-pohon pokok yang tebal lagi menghijau dan merupakan pusat di mana dua batang sungai bertemu. Maka, “Adapun Duli Yang Dipertuan bermuafakat dengan segala menteri-menteri membuat sebuah kota baru, bernama Kota Setar” Secara tidak langsung kampung itu digelar Kota Setar.

Baginda menamakannya Setar sempena dengan jenis pokok-pokok yang berada di sekitar kota yang dikenali sebagai ‘pokok Setar’. Oleh itu, pada masa itu nama Alor Setar belum muncul lagi – ia dikenali sebagai Kota Setar.

Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II bersemayan di Istana Kota Setar dan baginda menjadikannya sebagai Bandar DiRaja Negeri Kedah. Kota Setar mula berkembang setelah dijumpai oleh seseorang berbangsa Inggeris kira-kira lebih 150 tahun selepas kampung itu diasaskan. Dalam bulan Oktober, 1883, James F. Agustin tiba di Kuala Sungai Kedah (sekarang dipanggil Kuala Kedah) kira-kira 10 km dari Kota Setar. Beliau dengan beberapa orang Inggeris lain telah mejelajah kawasan itu hingga ke pedalaman. Di samping dua batang sungai tersebut kelihatan kelompok petempatan kecil orang-orang Melayu.

Akhirnya Augustin dan orang-orangnya pun tiba di Kampung Kota Setar. Beliau telah berkawan dengan orang-orang Melayu di situ dan mereka telah membawa ke istana batu Sultan Muhammad Jiwa. Augustin begitu tertarik hati dengan keadaan persekitaran istana yang dikelilingi dengan pokok-pokok “Stak” dan beliau lebih terpesona dengan keindahan kota mahligai Sultan. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II menerima Augustin dengan baik dan kedua-dua pihak itu telah bertukar-tukar barang.

Dari sinilah bermulanya perniagaan bertukar barangan dan perdagangan antara orang-orang tempatan dengan pedagang-pedagang asing. Pada awal kurun ke-19, ramai pedagang asing seperti pedagang Inggeris, India, China dan Sumatera telah datang ke Kota Setar untuk berdagang. Kota Setar telah berkembang daripada sebuah kampung kepada pekan yang sibuk dan akhirnya menjadi sebuah Bandar yang merupakan pusat petempatan, perdagangan dan pentadbiran. Orang-orang Inggeris khususnya, amat berminat terhadap Bandar Kota Setar (masa itu Alor Setar dikenali dengan Kota Setar).

Dengan itu, segala perniagaan, pengangkutan dan perhubungan di Kedah berpusat di Kota Setar. Lama-kelamaan nama Kota Setar ditukar kepada Alor Setar. Pertukaran ini disebabkan Bandar itu terletak dekat muara sungai dan selalu terdapat ramai pedagang Melayu dari lain-lain Negeri Melayu yang bersinggah di situ. Sebaliknya, Kota Setar telah menjadi nama kepada kawasan atau daerah yang sekitar Alor Setar.

Kota Setar dijadikan sebagai sebuah daerah di Kedah yang dipenuhi dengan sawah padi dan mula berkembang pesat terutama sekali dengan adanya pusat perdagangannya iaitu Alor Setar. Demikianlah sejarah awal mengenai pembukaan Alor Setar yang bermula dalam tahun 1720-an. Mengikut En. Ismail Bin Hj. Salleh (Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah cawangan Kedah), Alor Setar merupakan satu Bandar yang istimewa dalam erti kata bahawa ia cepat mengalami pembangunan yang pesat walaupun ia merupakan Bandar kecil di samping masih dapat mengekalkan ciri-ciri warisan budaya asing dalam pembangunannya khususnya bangunan-bangunan yang moden binaannya tetapi mempunyai ukiran yang cukup berseni dan bercorak asli.

Alor Setar ialah sebuah ibu negeri yang tertua sekali di Malaysia. mengikut rekod sejarah, Bandar ini telah menjadi Ibu Negeri selama lebih kurang 250 tahun. Dari zaman ia diasaskan hingga zaman kini, Alor Setar masih tetap menjadi Ibu Negeri Kedah.

Sejarah Revolusi

Maklumat terperinci: Sejarah Revolusi Alor Setar

Geografi

Kedah dalam MalaysiaNegeri dan wilayah persekutuan di Malaysia

Alor Setar terletak di barat Semenanjung Malaysia merupakan bandaraya utara di Malaysia. Daerah Kota Setar ataupun Bandaraya Alor Setar dengan mempunyai penduduk melebihi daripada 366,787 (2010)[7] orang di Kedah. Ia juga bersempadan dengan daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang. Terletak di Koordinat: 6°7′U 100°22′T, bandaraya Alor Setar bertempat di pinggir Selat Melaka yang memisahkan Malaysia dari Indonesia.

Keluasan bandar sebanyak 666 km² dan kini menyusut kepada 424km² disebabkan Pokok Sena dijadikan daerah baru. Alor Setar dikelilingi sistem sungai yang penting seperti Sungai Kedah, Sungai Langgar, Sungai Tajar, Sungai Anak Bukit, Alor Malai dan Alor Merah.

Demografi

Demografi bagi Alor Setar
Kumpulan etnikPeratus
Melayu & Bumiputera
  
74.9%
Cina
  
22.5%
India
  
2.4%
Lain-lain
  
0.2%

Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan ialah bahasa utama Alor Setar. Bahasa-bahasa lain yang dituturkan di bandar ini termasuk loghat-loghat Kantonis, Mandarin dan Tamil. Bahasa Inggeris juga berperanan besar sebagai perantara perniagaan dan mata pelajaran wajib di sekolah.

Populasi bagi Alor Setar pada tahun 2010 ialah 366,787 orang. Jumlah penduduk bagi kaum Melayu di Alor Setar ialah 75.0% (262,637), jumlah penduduk bagi kaum Cina ialah 20.5% (78,542), jumlah penduduk kaum India ialah 9.1% (8,298) dan jumlah penduduk bagi lain-lain seperti kaum Benggali ataupun dari luar negara ialah 5.4% (1,253).[8]

Agama Islam diamalkan terutamanya oleh kaum Melayu dan komuniti India Muslim. Agama-agama lain yang diamalkan di Alor Setar ialah agama Hindu (terutamanya di kalangan kaum India), Buddha, Konfusianisme dan Taoisme (terutamanya di kalangan kaum Cina) dan Kristian. Justeru, nyata sekali di Alor Setar terdapat banyak tempat beribadah untuk orang Islam kerana penduduknya didominasi oleh orang Melayu.

Statistik

Jumlah penduduk dalam lingkungan sebenar bandaraya Alor Setar pada tahun 2000 dianggarkan berjumlah 354,433 dan meningkat menjadi 366,787 pada 2010. Ketumpatan penduduknya adalah 696 inhabitants per square kilometre (10,340 /sq mi), menjadikannya kawasan pentadbiran paling tumpat penduduknya di Negeri Kedah.

Dengan anggaran jumlah penduduk metropolitan sebanyak 800,000 pada tahun 2010 (termasuk bandar-bandar berhampiran di sempadan daerah Kota Setar), Alor Setar boleh dianggap sebagai bandar raya selamat. Penurunan kadar kelahiran yang berterusan di Alor Setar telah menyebabkan peratusan kanak-kanak bawah umur 15 tahun menjunam beberapa peratus pada tahun 2000. Sebaliknya, golongan usia bekerja 15–59 tahun pula meningkat dari tahun ke tahun.

Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik, peratusan penduduk Bumiputera di Alor Setar sahaja adalah 75% pada banci tahun 2010 manakala penduduk Cina dan India masing-masing merangkumi 20.5% dan 9.1%. Juga kelihatan adalah fenomena peningkatan kehadiran penduduk warga asing di Alor Setar, yang kini meliputi 5.4% penduduk bandar.

Jenayah Alor Setar menjadi kebimbangan para penduduk baru-baru ini. Antara kegiatan jenayah yang semakin meningkat kadarnya termasuk meragut, ketagihan dadah, perjudian dan maksiat.

Latar langit Alor Setar pada waktu malam.

Trivia

Tarikh Hari Keputeraan Sultan28 November 1927
NegaraMalaysia
NegeriKedah
Iklim Tahunan2,390 (94.09)
Jumlah hujan tahunan2000mm ~ 2500mm
Sungai terpanjangSungai Kedah
Bangunan tertinggiMenara Alor Setar (165.5 m)
Penanaman utamaPadi
LangkawiJitra / KangarKuala Nerang
Selat MelakaPokok Sena
   'Alor Setar'    
Selat MelakaYan / Sungai PetaniPendang

Iklim

Alor Setar terletak dalam kawasan iklim monsun tropika dalam pengelasan iklim Koppen. Alor Setar mempunyai musim hujan yang panjang.

Data iklim untuk Alor Setar
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Purata tinggi °C (°F)32.2
(90)
33.3
(92)
33.9
(93)
33.9
(93)
32.2
(90)
31.7
(89)
31.1
(88)
31.1
(88)
30.6
(87)
30.6
(87)
31.1
(88)
31.1
(88)
31.7
(89)
Purata rendah °C (°F)21.7
(71)
21.7
(71)
22.8
(73)
23.3
(74)
23.9
(75)
23.3
(74)
23.3
(74)
23.3
(74)
23.3
(74)
23.3
(74)
22.8
(73)
22.2
(72)
22.8
(73)
Kerpasan mm (inci)60
(2.36)
50
(1.97)
140
(5.51)
220
(8.66)
270
(10.63)
190
(7.48)
190
(7.48)
260
(10.24)
320
(12.6)
300
(11.81)
200
(7.87)
130
(5.12)
2,390
(94.09)
Sumber: http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=30684&refer=&units=metric

Politik

Majlis Bandaraya Alor Setar

Merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 14 2018 (PRU14)

Daerah Kota Setar melalui (Dewan Rakyat)

ParlimenNama KerusiAhli ParlimenParti
P008Pokok SenaMahfuz OmarPakatan Harapan
P009Alor SetarChan Ming KaiPakatan Harapan
P010Kuala KedahAzman IsmailPakatan Harapan

Daerah Kota Setar (Dewan Undangan Negeri)

DunKedudukan NamaAhli NegeriParti
N10Bukit PinangRomani Wan SalinParti Islam Se-Malaysia
N11DergaTan Kok YewPakatan Harapan
N12Suka MenantiZamri YusufPakatan Harapan
N13Kota DarulamanTeh Swee LeongPakatan Harapan
N14Alor MengkuduPhahrolrazi Mohd ZawawiPakatan Harapan
N15Anak BukitAmiruddin HamzahPakatan Harapan
N16Kubang RotanAsmirul Anuar ArisPakatan Harapan
N17Pengkalan KundorIsmail SallehPakatan Harapan

Rujukan

WikiPedia: Alor Setar http://web10.bernama.com/maritime/news.php?id=1557... http://www.gdparchitects.com/projects/current/aman... http://www.investasiapacific.com/Awards.htm http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://population.wn.com/country/Malaysia/Kedah/Al... http://www.belleview.com.my/node/124 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=... http://portal.kedah.gov.my/index.php?option=com_co...